Saturday, 20 April 2013

Jenis kelas makanan



1) Karbohidrat 
* Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen,  dan oksigen. 
* Fungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga. 
* Tiga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida dan polisakarida. 
* Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa dan  galaktosa. 
* Disakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa  dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air. 
* Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. Ia berasa manis. 
* Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa dan glikogen. 
2) Protein 
* Protein terbina daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. 
* Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging  dan keju. 
* Monomer bagi protein ialah asid amino. 
* Dua kelas asid amino ialah asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. 
* Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak dapat disintesiskan dalam sel, contohnya  leusina  dan lisina. 
* Asid amino tidak perlu ialah asid amino yang boleh disintesiskan dalam sel. Ia tidak  perlu diperolehi dari gizi makanan. Contohnya ialah alanina. 
* Dua kelas protein ialah protein kelas pertama dan protein kelas kedua. 
* Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino yang  diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu dan telur. 
* Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid  amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang dan  buah-buahan. 
3) Lemak (Lipid) 
* Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan tumbuhan. 
* Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan pepejal manakala lemak pula berada dalam keadaan    cecair. 
* Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga simpanan, digunakan sebagai penebat  haba dan erlindungan. 
4) Vitamin 
Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai . Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Jenis vitamin Larut dalam lemak
a)Vitamin A-Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun. Vitamin A boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A - tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. 
-Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman. 

-menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
-Sumber - telur, susu (lemak susu), dan hati 
-Kekurangan  · lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, 
-kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata –putih. 
 -Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.
-Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. 
-Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.
b)Vitamin D- Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
c)Vitamin E- Merupakan nama umum untuk dua kelas molekul (8 jenis dan 4 jenis ) yang memiliki sifat vitamin larut-minyak dengan ciri pengantioksida. Vitamin E bukan nama untuk setiap satuan bahan kimia spesifik selain daripada itu untuk setiap campuran yang terjadi di alam yang akan menyediakan fungsi vitamin E dalam pemakanan
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
d)Vitamin K- Baik bagi mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
e)Vitamin C - Antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
f)VITAMIN B1, B2, B3, B5, B6, B12
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
Vitamin K (K dari "Koagulations-Vitamin" dalam Bahasa Jerman dan Bahasa Denmark[1]) merujuk pada sekelompok vitamin lipofilik dan hidrofobik yang diperlukan untuk perubahan pasca berbagai macam protein, terutamanya dalam proses . Secara kimia vitamin ini adalah turunan 2.

Vitamin K2 (menakuinon, ) secara normal dihasilkan oleh bakteria dalam manusia, dan kekurangan giza akibat diet yang sangat jarang terjadi kecuali saluran pencernaan mengalami kerosakan yang sangat parah sehingga tidak dapat molekul.

Vitamin B1(Thiamine)
Fungsi · pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. 
- memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. 
- membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan. 
-Sumber - gandum atau hasil gandum, kacang pis,tepung yang diperkayakan, ikan kacang tanah, daging 
-Kekurangan · Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
- Kegelisahan, gangguan tidur.
-Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.

Vitamin B2 atau Riboflavin
Fungsi · Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.

Vitamin Niasin (Vitamin B3) 
Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
-Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. Sumber -Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.

Vitamin Asid Pantotenik (Vitamin B5)
Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.

Vitamin Piridoksin (Vitamin B6)

Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.

Vitamin Sianokobalamin (Vitamin B12)
membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah.

Kekurangan  kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.
- mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 
-meningkatkan penyerapan zat besi. 
-bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 
-mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . 
-egen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam, boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 
r
Vitamin D adalah salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus
. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif

Sumber -Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 

Kekurangan · Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). 

- Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).

- Lebih Dos: Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.


Vitamin E
Fungsi  -Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 

boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber -Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

Vitamin K  diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.

Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K: vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2, keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik.

Keburukan yang akan diperolehi jika kita tidak mengambil Vitamin.

Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi
Makanan yang dapat menggantikan vitamin
Lobak, kubis, tomato, buah limau, epal dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
5)Garam mineral
Garam mineral merupakan bahan utama dalam struktur rangka tubuh. Garam mineral penting untuk mengawal proses dalam tubuh. Manusia memerlukan bekalan garam mineral daripada sumber haiwan dan tumbuhan.
  • Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.
  • Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin.
Garam mineral yang diperlukan banyak oleh tubuh ialah Kalsium (Ca), Fosforus (P), Kalium (K), Sulfur (S), Klorin (Cl), Natrium (Na), Magnesium (Mg).

Garam mineral yang diperlukan sedikit ioleh tubuh ialah Iodin (I), Ferum (Fe), Mangan (Mn), Fluorin (F), Kobalt (Co), Nikel (Ni), Zink (Zn), Kromium (Cr)

1. Kalsium

99% kalsium terdapat pada tulang dan 1% pada tisu lembut. Kalsium dapat diserap dengan mudah dengan adanya kalsiferol.
Fungsi kalsium

1)      Membentuk kalsium fosfat
2)      Membantu proses pembekuan darah
3)      Membantu fungsi otot dan saraf dengan betul
4)      Mengaktifkan enzim untuk metabolisme tubuh

*Keperluan harian kalsium
Orang dewasa memerlukan kalsiu untuk mengawal fungsi tubuh, dan kanak-kanak memerlukannya untuk pertumbuhan. Pengambilan kalsium yang banyak semasa hamil dan semasa menyusukan penting supaya kalsium pada ibu tidak digunakan untuk pertumbuhan fetus.

*Kekurangan kalsium
Kekurangan kalsium menyebabkan:
1)Pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak terganggu dan kekurangan yang serius
 Menyebabakan riket
2)Tulang lemah dan menyebabkan penyakit osteomalacia pada orang dewasa dan orang tua
3)Gigi tidak kukuh
4) Otot dan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik

*Berlebihan kalsium
Kalsium akan mendak pada organ tertentu seperti ginjal yang boeh menyebabkan penyakit batu karang

2. Fosforus

78% fosforus terdapat pada tulang dan gigi dan 22% di dalam ceacair tubuh dan tisu lembut
Fungsi fosforus
1)      Membian tulang dan gigi bersama kalsium
2)      Membantu tubuh mendapatkan tenaga
3)      Membantu pengawalan cecair tubuh

*Keperluan harian fosforus
Ibu hamil dan menyusukan memerlukan fosforus yang banyak untuk keperluan harian.

*Kekurangan fosforus
Menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan rapuh. Otot juga menjadi lemah.  

3. Natrium

Natrium didapati dalam bentuk sebatian iaitu natrium klorida atau garam biasa yang digunakan dalam masakan. Cecair tubuh mengandungi 0.9 % natrium.
Fungsi natrium
1)      Menentukan kepekatan cecair dalam tubuh
2)      Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3)      Membina plasma darah dan cecair limfa

Keperluan harian natrium
Keperluan natrium bergantung kepada jenis aktiviti tubuh. Semasa berpeluh, natrium dikumuhkan. Orang dewasa memerlukan 4 gram natrium sehari. Sekiranya berlebihan, natrium akan dibuang melalui proses perkumuhan.

Kekurangan natrium menyebabkan:
1)      Otot menjadi kejang
2)      Tubuh menjadi lesu dan kurang selesa  
4. Kalium-Sel otot, rangka, dan sel darah merah mengandungi kalium yang berfung di bersama
   natrium.

Fungsi kalium
1)      Menetapkan tekanan osmosis pada sel tisu
2)      Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3)      Sebagai bahan utama cecair tubuh untuk proses pengecutan otot

Keperluan harian kalium
Keperluan orang dewasa ialah 2.5 gram kalium sehari
Kekurangan kalium
Kekurangan kalium menyebabkan:
1)      Sel tidak berfungsi dengan betul
2)      Tubuh menjadi lemah dan lesu  

5. Magnesium 
Magnesium terdapat pada tulang dan tisu. Keperluan orang dewasa ialah antara 300 – 350 miligram sehari.

Fungsi magnesium
1)      Mengawal keregangan otot
2)      Membantu kestabilan saraf
3)      Membantu metabolisme tubuh
Kekurangan magnesium
Kekurangan magnesium menyebabkan:
1)      Pengawalan pergerakan otot terganggu
2)      Radang saraf  

6. Iodin 
Iodin diperlukan sebanyak 0.05 – 0.30 miligram dalam diet individu dewasa. Jumlah iodin dalam tubuh ialah 20 miligram – 50 miligram dan 1/3 daripadanya terdapat dalam kelenjar tiroid
Fungsi iodin
1)      Pertumbuhan kanak-kanak dan remaja
2)      Kesihatan orang dewasa
3)      Metabolisme tubuh
Keperluan harian iodin

Individu dewasa memerlukan 0.05 – 0.30 miligram iodin sehari. Kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan pula memerlukan lebih iodin.

Kekurangan iodin
Kekurangan iodin menyebabkan:
1)      Goiter iaitu apabila kelenjar tiroid di leher membengkak
2)      Pertumbuhan tubuh terbantut (kretinisme)
3)      Daya pemikiran tidak sempurna  

7. Ferum
   Ferum penting kerana 2/3 daripadanya digunakan untuk membentuk hemoglobin
Fungsi ferum
1)      Menjadi komponen hemoglobin yang memberi warna merah pada darah
2)      Membawa oksigen dalam tisu darah ke seluruh tisu tubuh
3)      Membantu pembentukan protein mioglobin dalam sel otot
4)      Membantu respirasi sel
5)      Membantu pengoksidaan karbohidrat, lemak, dan protein

Keperluan harian ferum
Keperluan ferum bergantung kepada jantina dan peringkat umur. Wanita dewasa memerlukan lebih banyak ferum kerana mereka kehilangan ferum semasa haid. Ibu yang melahirkan anak memerlukan lebih banyak ferum dibandingkan dengan wanita dewasa.

Kekurangan ferum
Kekurangan ferum menyebabkan:
1)      Pembentukan hemoglobin terganggu, mengakibatkan anemia
2)      Letih, pening, dan sesak nafas kerana oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh 

Berlebihan ferum
Keracunan boleh berlaku jika ferum dalam tubuh berlebihan. Biasanya hanya sedikit ferum diserap ke usus kecil 

8. Fluorin diserap ke dalam tisu tubuh. Fluorin disimpan dalam tulang, gigi, kelenjar tiroid dan di kulit.

Fungsi fluorin menjadi bahan penting untuk memelihara enamel gigi dan tulang. 

Keperluan harian fluorin
Orang dewasa memerlukan 1 miligram – 2 miligram fluorin sehari dan air minuman yang mengandungi fluorin adalah mencukupi untuk keperluan tubuh.

Kekurangan fluorin- Kerosakan gigi akan berlaku apabila terjadinya kekurangan fluorin dalam tubuh seseorang.

6) Air
Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
a. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
b. Air membantu meningkatkan tenaga anda
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
c. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
d. Bentuk otot anda dengan air
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.Apabila anda minum air dengan cukup, mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
e. Mencantikkan kulit anda
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika  perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan  mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
f. Air melancarkan proses penghadaman
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
g. Air mengurangkan pembentukan batu karang
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Melalui saranan pakar pemakanan, harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air dan air yang minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
7) Pelawas
Pelawas ialah selulosa tumbuhan yang tidak dicerna. Dalam proses pencernaan, pelawas tidak dapat dicerna dan tidak dapat diserap. Pelawas mempunyai isipadu yang besar dalam usus besar. Tugas pelawas ialah untuk merangsang peristalsis dengan menolak bahan buangan ini. Sekiranya peristalsis tidak berlaku, bahan buangan akan berada lama dalam usus besar. Ini menyebabkan air diserap dan akibatnya najis kering dank eras iaitu
Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar). Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.


1 comment: