1) Karbohidrat
* Karbohidrat ialah sebatian organik besar
terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen,
dan oksigen.
* Fungsi utama karbohidrat dalam organisma
ialah membekalkan tenaga.
* Tiga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida,
disakarida dan polisakarida.
* Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia
terdiri daripada glukosa, fruktosa dan galaktosa.
* Disakarida terdiri daripada maltosa,
sukrosa dan laktosa. Ia manis
dan larut dalam air.
* Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen
yang larut di dalam air. Ia berasa manis.
* Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa dan
glikogen.
2) Protein
* Protein terbina daripada unsur-unsur karbon,
hidrogen, oksigen, dan nitrogen.
* Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging dan keju.
* Monomer bagi protein ialah asid
amino.
* Dua kelas asid amino ialah asid
amino perlu dan asid amino tidak perlu.
* Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak
dapat disintesiskan dalam sel, contohnya
leusina dan lisina.
* Asid amino tidak perlu ialah asid amino yang
boleh disintesiskan dalam sel. Ia tidak perlu diperolehi dari gizi makanan. Contohnya
ialah alanina.
* Dua kelas protein ialah protein kelas pertama
dan protein kelas kedua.
* Protein kelas pertama ialah protein yang
mengandungi semua 10 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada
daging, ikan, susu dan telur.
* Protein kelas kedua pula merupakan protein
yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein
tumbuhan seperti sayuran, kekacang dan buah-buahan.
3) Lemak (Lipid)
* Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan
tumbuhan.
* Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan
pepejal manakala lemak pula berada dalam keadaan cecair.
* Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga
simpanan, digunakan sebagai penebat haba
dan erlindungan.
4) Vitamin
Vitamin ialah bahan organik yang sangat
diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan
normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut
sebagai . Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam
badan anda.Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah
dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak
mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada
makanan atau (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.Meskipun kandungan
vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen
vitamin tidak diambil.
Jenis vitamin Larut dalam lemak
a)Vitamin
A-Menggalakkan
pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit
serta mengelakkan rabun.
Vitamin A boleh ditukarkan menjadi retinal dan
retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A - tumbesaran , tulang dan gigi yang
kuat bagi kanak-kanak.
-Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan
mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing
dari dijangkiti kuman.
-menolong badan kita mengatur sistem kekebalan
(immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau
melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan
virus merbahaya.
-Sumber - telur, susu (lemak
susu), dan hati
-Kekurangan · lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,
-kekeringan pada bahagian mata putih, selaput
seperti keju pada mata –putih.
-Lemah
daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.
-Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera
makan.
-Tulang dan gigi menjadi lemah dan
keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada
kornea mata yang boleh menjadi buta.
b)Vitamin
D-
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah
dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan
gigi.
c)Vitamin
E- Merupakan
nama umum untuk dua kelas molekul (8 jenis dan 4 jenis ) yang memiliki sifat
vitamin larut-minyak dengan ciri pengantioksida. Vitamin E bukan nama untuk
setiap satuan bahan kimia spesifik selain daripada itu untuk setiap campuran
yang terjadi di alam yang akan menyediakan fungsi vitamin E dalam pemakanan
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi
saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan
pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru,
hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat
sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
d)Vitamin
K-
Baik bagi mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk
struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
e)Vitamin
C - Antioksidan
yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan,
termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk
gusi yang sihat. Membantu
mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat
besi, membentuk tulang dan gigi.
f)VITAMIN
B1, B2, B3, B5, B6, B12
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi,
selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
Vitamin K (K dari
"Koagulations-Vitamin" dalam Bahasa Jerman dan Bahasa Denmark[1])
merujuk pada sekelompok vitamin lipofilik dan hidrofobik yang diperlukan untuk
perubahan pasca berbagai macam protein, terutamanya dalam proses . Secara kimia
vitamin ini adalah turunan 2.
Vitamin K2 (menakuinon, ) secara normal dihasilkan oleh bakteria dalam manusia,
dan kekurangan giza akibat diet yang sangat jarang terjadi kecuali saluran
pencernaan mengalami kerosakan yang sangat parah sehingga tidak dapat molekul.
Vitamin B1(Thiamine)
Fungsi · pencerakinan dan penggunaan
karbohidrat, lemak dan protin.
- memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
- membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja
seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan
mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau
lain-lain multivitamin tambahan.
-Sumber - gandum atau hasil
gandum, kacang pis,tepung yang diperkayakan, ikan kacang tanah, daging
-Kekurangan · Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
- Kegelisahan, gangguan tidur.
-Beriberi, iaitu sejenis penyakit
"metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali
dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Vitamin B2
atau Riboflavin
Fungsi · Diperlukan oleh tubuh untuk
metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan
oleh vitamin B6 dan niasin.
Vitamin
Niasin (Vitamin B3)
Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
-Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu
mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia
boleh membantu mengurangkan kolesterol. Sumber -Cendawan, kulat, ikan tuna,
ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
Vitamin Asid Pantotenik (Vitamin B5)
Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon
adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.
Vitamin Piridoksin (Vitamin B6)
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga
metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan
fungsi sistem saraf dan otak.
Vitamin Sianokobalamin (Vitamin B12)
membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah.
Kekurangan kekurangan darah
(anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang
berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami
masalah penyerapan makanan pada usus.
- mencegah daripada kesan merbahaya
pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan
meningkatkan imuniti.
-meningkatkan penyerapan zat besi.
-bercantum dengan bahan toksik seperti
sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang
demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah
hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang
tinggi.
-mengurangkan paras "low-density
lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang
sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol
yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah "
atherosclerosis" .
-egen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah
daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam, boleh mengurangkan risiko
katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
r
Vitamin D adalah salah satu vitamin larut
lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan
untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus.
Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang
dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah
dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan
rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia,
meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang
normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk
vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3
(cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan
cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin
D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai
vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif
Sumber -Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin ,
hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut,
hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran .
Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya
matahari pada kulit.
Kekurangan · Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang
belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah
otot).
- Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan
sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah
tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).
- Lebih Dos: Pengambilan secara berlebihan
boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh,
tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.
Vitamin
E
Fungsi -Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting
dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran
darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan
"premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia
memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang
diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu
dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan
mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada
sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa
yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut
menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental
fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998
mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat
mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain
kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan
penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan
kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Sumber
-Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran
berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga
boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai
laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi
kentang, selada air, dan gandum.
Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga
mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis
osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi
hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.
Vitamin K memainkan peranan penting di dalam
salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam
hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan
kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong
melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K: vitamin K1 (phylloquinone atau
phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2, keluarga daripada bahan
dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan vitamin K3
(menadione), adalah bahan sintetik.
Keburukan yang akan diperolehi jika kita
tidak mengambil Vitamin.
Kekurangan
vitamin tertentu dalam tubuh akan
mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan
anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit
anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi
Makanan yang dapat menggantikan vitamin
Lobak, kubis, tomato, buah limau, epal dan
banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan
mempunyai kandungan vitamin.Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai
kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
5)Garam mineral
Garam mineral merupakan bahan utama dalam struktur rangka
tubuh. Garam mineral penting untuk mengawal proses dalam tubuh. Manusia
memerlukan bekalan garam mineral daripada sumber haiwan dan tumbuhan.
- Garam mineral ialah bahan tak
organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan
kesihatan badan.
- Unsur-unsur
mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi,
iodin, natrium dan fluorin.
Garam mineral yang diperlukan banyak oleh tubuh ialah Kalsium (Ca), Fosforus (P), Kalium (K),
Sulfur (S), Klorin (Cl), Natrium (Na), Magnesium (Mg).
Garam mineral yang diperlukan sedikit ioleh tubuh ialah Iodin (I), Ferum (Fe), Mangan (Mn), Fluorin
(F), Kobalt (Co), Nikel (Ni), Zink (Zn), Kromium (Cr)
1. Kalsium
99% kalsium terdapat pada tulang dan 1% pada tisu lembut.
Kalsium dapat diserap dengan mudah dengan adanya kalsiferol.
Fungsi kalsium
1) Membentuk kalsium fosfat
2) Membantu proses
pembekuan darah
3) Membantu fungsi otot dan
saraf dengan betul
4) Mengaktifkan enzim untuk
metabolisme tubuh
*Keperluan harian kalsium
Orang dewasa memerlukan kalsiu untuk mengawal fungsi
tubuh, dan kanak-kanak memerlukannya untuk pertumbuhan. Pengambilan kalsium
yang banyak semasa hamil dan semasa menyusukan penting supaya kalsium pada ibu
tidak digunakan untuk pertumbuhan fetus.
*Kekurangan kalsium
Kekurangan kalsium menyebabkan:
1)Pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak terganggu dan
kekurangan yang serius
Menyebabakan riket
2)Tulang lemah dan menyebabkan penyakit osteomalacia pada
orang dewasa dan orang tua
3)Gigi tidak kukuh
4) Otot dan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik
*Berlebihan kalsium
Kalsium akan mendak pada organ tertentu seperti ginjal
yang boeh menyebabkan penyakit batu karang
2. Fosforus
78% fosforus terdapat pada tulang dan gigi dan 22% di
dalam ceacair tubuh dan tisu lembut
Fungsi fosforus
1) Membian tulang dan gigi
bersama kalsium
2) Membantu tubuh
mendapatkan tenaga
3) Membantu pengawalan
cecair tubuh
*Keperluan harian fosforus
Ibu hamil dan menyusukan memerlukan fosforus yang banyak
untuk keperluan harian.
*Kekurangan fosforus
Menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan rapuh. Otot
juga menjadi lemah.
3. Natrium
Natrium didapati dalam bentuk sebatian iaitu natrium
klorida atau garam biasa yang digunakan dalam masakan. Cecair tubuh mengandungi
0.9 % natrium.
Fungsi natrium
1) Menentukan kepekatan
cecair dalam tubuh
2) Menyeimbangkan asid dan
alkali untuk proses pencernaan
3) Membina plasma darah dan
cecair limfa
Keperluan harian natrium
Keperluan natrium bergantung kepada jenis aktiviti tubuh.
Semasa berpeluh, natrium dikumuhkan. Orang dewasa memerlukan 4 gram natrium
sehari. Sekiranya berlebihan, natrium akan dibuang melalui proses perkumuhan.
Kekurangan natrium menyebabkan:
1) Otot menjadi kejang
2) Tubuh menjadi lesu dan
kurang selesa
4. Kalium-Sel otot, rangka, dan sel
darah merah mengandungi kalium yang berfung di bersama
natrium.
Fungsi kalium
1) Menetapkan tekanan
osmosis pada sel tisu
2) Menyeimbangkan asid dan
alkali untuk proses pencernaan
3) Sebagai bahan utama
cecair tubuh untuk proses pengecutan otot
Keperluan harian kalium
Keperluan orang dewasa ialah 2.5 gram kalium sehari
Kekurangan kalium
Kekurangan kalium menyebabkan:
1) Sel tidak berfungsi
dengan betul
2) Tubuh menjadi lemah dan
lesu
5. Magnesium
Magnesium terdapat pada tulang dan tisu. Keperluan orang
dewasa ialah antara 300 – 350 miligram sehari.
Fungsi magnesium
1) Mengawal keregangan otot
2) Membantu kestabilan
saraf
3) Membantu metabolisme
tubuh
Kekurangan magnesium
Kekurangan magnesium menyebabkan:
1) Pengawalan pergerakan
otot terganggu
2) Radang saraf
6. Iodin
Iodin diperlukan sebanyak 0.05 – 0.30 miligram dalam diet
individu dewasa. Jumlah iodin dalam tubuh ialah 20 miligram – 50 miligram dan
1/3 daripadanya terdapat dalam kelenjar tiroid
Fungsi iodin
1) Pertumbuhan kanak-kanak
dan remaja
2) Kesihatan orang dewasa
3) Metabolisme tubuh
Keperluan harian iodin
Individu dewasa memerlukan 0.05 – 0.30 miligram iodin
sehari. Kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan pula memerlukan lebih iodin.
Kekurangan iodin
Kekurangan iodin menyebabkan:
1) Goiter iaitu apabila
kelenjar tiroid di leher membengkak
2) Pertumbuhan tubuh
terbantut (kretinisme)
3) Daya pemikiran tidak
sempurna
7. Ferum
Ferum penting
kerana 2/3 daripadanya digunakan untuk membentuk hemoglobin
Fungsi ferum
1) Menjadi komponen
hemoglobin yang memberi warna merah pada darah
2) Membawa oksigen dalam
tisu darah ke seluruh tisu tubuh
3) Membantu pembentukan
protein mioglobin dalam sel otot
4) Membantu respirasi sel
5) Membantu pengoksidaan
karbohidrat, lemak, dan protein
Keperluan harian ferum
Keperluan ferum bergantung kepada jantina dan peringkat umur.
Wanita dewasa memerlukan lebih banyak ferum kerana mereka kehilangan ferum
semasa haid. Ibu yang melahirkan anak memerlukan lebih banyak ferum
dibandingkan dengan wanita dewasa.
Kekurangan ferum
Kekurangan ferum menyebabkan:
1) Pembentukan hemoglobin
terganggu, mengakibatkan anemia
2) Letih, pening, dan sesak
nafas kerana oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh
Berlebihan ferum
Keracunan boleh berlaku jika ferum dalam tubuh
berlebihan. Biasanya hanya sedikit ferum diserap ke usus kecil
8. Fluorin diserap ke dalam tisu
tubuh. Fluorin disimpan dalam tulang, gigi, kelenjar tiroid dan di kulit.
Fungsi fluorin menjadi bahan penting
untuk memelihara enamel gigi dan tulang.
Keperluan harian fluorin
Orang dewasa memerlukan 1 miligram – 2 miligram fluorin
sehari dan air minuman yang mengandungi fluorin adalah mencukupi untuk
keperluan tubuh.
Kekurangan fluorin- Kerosakan gigi akan berlaku apabila terjadinya kekurangan
fluorin dalam tubuh seseorang.
6) Air
Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang
sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada
kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah
keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
a. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma
badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum
makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan
cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda
makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk
meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses
tersebut.
b. Air membantu meningkatkan tenaga anda
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana
badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak
perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus.
Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah
untuk pam darah anda keseluruh badan.
c. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada
air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air),
badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda
mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas
meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
d. Bentuk otot anda dengan air
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di
dalam badan.Apabila anda minum air dengan cukup, mampu melakukan senaman dengan
lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
e. Mencantikkan kulit anda
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air
sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka
pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Apabila
diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang
licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan
menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan,
menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan
menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
f. Air melancarkan proses penghadaman
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu
melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran
penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air
tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah
sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
g. Air mengurangkan pembentukan batu karang
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang
kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air
kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan
menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat
dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Melalui saranan pakar pemakanan, harus minum sekurang-kurangnya 2 liter
air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air dan air yang minum bukanlah
air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
7) Pelawas
Pelawas ialah selulosa tumbuhan yang tidak dicerna. Dalam proses
pencernaan, pelawas tidak dapat dicerna dan tidak dapat diserap. Pelawas
mempunyai isipadu yang besar dalam usus besar. Tugas pelawas ialah untuk
merangsang peristalsis dengan menolak bahan buangan ini. Sekiranya peristalsis
tidak berlaku, bahan buangan akan berada lama dalam usus besar. Ini menyebabkan
air diserap dan akibatnya najis kering dank eras iaitu
Usus merupakan organ utama
dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat
mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk
ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada
mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi
risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus
dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan
kandungan gula dalam darah.
Sehubungan dengan itu,
Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat
lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga
pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa
minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut
dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat
mengendalikan kadar gula dalam darah.
Pelawas juga dapat menyerap
kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis
dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus
besar). Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan
yang berlebihan.